Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-194

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمٰتُ قِصَاصٌۗ فَمَنِ اعْتَدٰى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوْا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدٰى عَلَيْكُمْ ۖ وَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ 194

Serangan mereka terhadap kamu pada bulan haram dibalas dengan serangan kamu terhadap mereka juga pada bulan haram. Sebarang serangan yang dibuat pada tempat dan tempoh yang suci perlu dibalas dengan balasan yang setimpal. Oleh itu, sesiapa yang menyerang kamu pada waktu dan tempat tersebut, maka balaslah serangan mereka seperti mereka menyerang kamu, tetapi takutlah kamu daripada melampaui batasan Allah. Ketahuilah bahawa Allah itu bersama orang yang bertakwa.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)