Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-196

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّٰهِ ۗ فَاِنْ اُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِۚ وَلَا تَحْلِقُوْا رُءُوْسَكُمْ حَتّٰى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهٗ ۗ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ بِهٖٓ اَذًى مِّنْ رَّأْسِهٖ فَفِدْيَةٌ مِّنْ صِيَامٍ اَوْ صَدَقَةٍ اَوْ نُسُكٍ ۚ فَاِذَآ اَمِنْتُمْ ۗ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ اِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِۚ فَمَنْ لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلٰثَةِ اَيَّامٍ فِى الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ اِذَا رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ۗذٰلِكَ لِمَنْ لَّمْ يَكُنْ اَهْلُهٗ حَاضِرِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ ࣖ196

Dan hendaklah kamu sempurnakan ibadat haji dan umrah secara ikhlas kerana Allah. Jika kamu dihalang daripada menyempurnakan ibadah tersebut, maka kamu dibenarkan bertahalul dengan menyembelih manamana binatang korban yang mudah didapati, namun janganlah kamu cukur kepala kamu sehingga binatang korban itu sampai ke tempat penyembelihannya. Dan jika terdapat sesiapa antara kamu yang sakit atau terdapat penyakit di kepalanya lalu dia bercukur, maka wajib baginya membayar fidyah dengan cara berpuasa atau bersedekah atau menyembelih binatang korban. Kemudian dalam keadaan yang aman, sesiapa yang menikmati kemudahan mengerjakan umrah dalam bulan haji sehingga tempoh mengerjakan ibadat haji, maka wajib baginya untuk menyembelih binatang korban yang mudah didapati. Sesiapa yang tidak boleh mendapatkan binatang korban, maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari lagi setelah pulang ke tempat masingmasing, semuanya cukup sepuluh hari sempurna berpuasa. Hukum ini adalah bagi orang yang tidak menetap di sekitar Masjid al-Haram. Bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut syariat-Nya dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah amat berat balasan seksanya jika kamu ingkar perintah-Nya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)