Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-197

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلْحَجُّ اَشْهُرٌ مَّعْلُوْمٰتٌ ۚ فَمَنْ فَرَضَ فِيْهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوْقَ وَلَا جِدَالَ فِى الْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُوْا مِنْ خَيْرٍ يَّعْلَمْهُ اللّٰهُ ۗ وَتَزَوَّدُوْا فَاِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوٰىۖ وَاتَّقُوْنِ يٰٓاُولِى الْاَلْبَابِ197

Masa untuk mengerjakan haji ialah beberapa bulan yang diketahui. Sesiapa yang telah berihram untuk mengerjakan haji dalam bulan-bulan itu, maka tidak dibenarkan baginya untuk berjimak, membuat maksiat, dan bertengkar semasa dalam tempoh mengerjakan haji. Apa sahaja amalan baik yang kamu lakukan, Allah mengetahui tentangnya. Dan hendaklah kamu mempersiapkan bekalan daripada makanan dan minuman secukupnya agar kamu tidak memintaminta daripada orang lain, dan ketahuilah bahawa sebaik-baik bekalan itu ialah bekalan takwa, maka bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)