Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-198

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ اَنْ تَبْتَغُوْا فَضْلًا مِّنْ رَّبِّكُمْ ۗ فَاِذَآ اَفَضْتُمْ مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللّٰهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ ۖ وَاذْكُرُوْهُ كَمَا هَدٰىكُمْ ۚ وَاِنْ كُنْتُمْ مِّنْ قَبْلِهٖ لَمِنَ الضَّاۤلِّيْنَ 198

Tiada sebarang dosa bagi kamu untuk mencari rezeki daripada Tuhanmu dengan berniaga ketika mengerjakan haji. Kemudian apabila kamu bertolak dari padang Arafah menuju ke Muzdalifah, maka hendaklah kamu berzikir kepada Allah di al-Masy' ar al-Haram. Berzikirlah kepada Allah sepertimana Dia telah menunjukkan kepada kamu sebagai tanda syukur atas hidayah yang dikurniakan kepadamu, sedang kamu sebelum ini dalam golongan orang yang sesat.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)