Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-204

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُّعْجِبُكَ قَوْلُهٗ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللّٰهَ عَلٰى مَا فِيْ قَلْبِهٖ ۙ وَهُوَ اَلَدُّ الْخِصَامِ 204

Dan terdapat antara manusia, orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia mengagumkan dirimu dan dia bersumpah bahawa Allah menjadi saksi keimanan yang ada dalam hatinya, sedang pada hakikatnya dia ialah orang yang sangat kuat memusuhi kamu.

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A berkata: Tatkala sekumpulan tentera (yang diutuskan oleh Rasulullah SAW) yang turut disertai oleh 'Asim dan Marthad tertangkap, berkata seorang lelaki daripada golongan munafik, “Betapa malangnya nasib mereka yang ditimpa musibah, pengakhiran yang membawa kepada kemusnahan sebegini, mereka tidak duduk bersama keluarga mereka (berehat), dan tidak pula dapat melaksanakan tugasan sahabat mereka (Nabi SAW”).” Maka ALLAH SWT menurunkan ayat ini akibat daripada perkataan golongan munafik dan kebaikan yang diperoleh oleh kumpulan (sahabat R.A) tersebut.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)