زُيِّنَ لِلَّذِيْنَ كَفَرُوا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُوْنَ مِنَ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا ۘ وَالَّذِيْنَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۗ وَاللّٰهُ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ212
Kehidupan dunia ini dihiasi sehingga dilihat terlalu indah pada pandangan orang kafir sehingga mereka berlagak sombong dan mempersendakan orang beriman, sedangkan kedudukan orang yang bertakwa adalah lebih tinggi daripada golongan kafir itu pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa batasan.