Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-213

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

كَانَ النَّاسُ اُمَّةً وَّاحِدَةً ۗ فَبَعَثَ اللّٰهُ النَّبِيّٖنَ مُبَشِّرِيْنَ وَمُنْذِرِيْنَ ۖ وَاَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيْمَا اخْتَلَفُوْا فِيْهِ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ فِيْهِ اِلَّا الَّذِيْنَ اُوْتُوْهُ مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَتْهُمُ الْبَيِّنٰتُ بَغْيًا ۢ بَيْنَهُمْ ۚ فَهَدَى اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيْهِ مِنَ الْحَقِّ بِاِذْنِهٖ ۗ وَاللّٰهُ يَهْدِيْ مَنْ يَّشَاۤءُ اِلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ 213

Manusia itu dahulunya adalah satu umat yang berada atas kebenaran, namun setelah sebahagian mereka menjadi sesat, Allah mengutuskan para nabi selaku penyampai berita gembira dan pemberi amaran. Dan Allah menurunkan bersama para nabi itu kitab suci yang membawa ajaran yang benar sebagai kata putus dalam perkara yang manusia pertikaikan. Namun, tiada yang mempertikaikan kebenaran Nabi Muhammad dan keterangan-keterangan jelas yang dibawa bersamanya melainkan orang Yahudi yang telah dikurniakan Kitab Taurat, hanya kerana perasaan hasad dengki yang terdapat dalam diri mereka. Lalu dengan izin dan kehendak Allah, Dia memberi hidayah kebenaran kepada orang yang beriman dalam perkara yang mereka pertikaikan. Dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)