Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-214

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَمْ حَسِبْتُمْ اَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَّثَلُ الَّذِيْنَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۗ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاۤءُ وَالضَّرَّاۤءُ وَزُلْزِلُوْا حَتّٰى يَقُوْلَ الرَّسُوْلُ وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مَعَهٗ مَتٰى نَصْرُ اللّٰهِ ۗ اَلَآ اِنَّ نَصْرَ اللّٰهِ قَرِيْبٌ 214

Adakah kamu fikir bahawa kamu akan memasuki syurga sedangkan belum sampai kepada kamu ujian seperti yang dialami oleh orang yang terdahulu daripada kamu. Mereka ditimpa kesusahan dan penderitaan dan mereka telah digoncang dengan hebatnya sehingga rasul dan orang yang beriman bersamanya mula bertanya, “Bilakah pertolongan Allah itu akan datang?” lngatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat dengan hamba-Nya yang beriman.

Tafsir Terjemahan

Daripada Qatadah, berkaitan firman Allah SWT

وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ

Beliau berkata: la diturunkan ketika peperangan Ahzab, ketika itu Nabi Muhammad SAW dan para sahabat R.A diuji dengan serangan dan kepungan. Mereka seperti yang difirmankan oleh Allah SWT

وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)