يَسْـَٔلُوْنَكَ مَاذَا يُنْفِقُوْنَ ۗ قُلْ مَآ اَنْفَقْتُمْ مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْاَقْرَبِيْنَ وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِيْنِ وَابْنِ السَّبِيْلِ ۗ وَمَا تَفْعَلُوْا مِنْ خَيْرٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ 215
Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad, “Apakah jenis perbelanjaan yang harus mereka belanjakan? Dan kepada siapakah patut mereka berbelanja?” Maka jawablah, “Apa sahaja harta halal dan baik yang kamu belanjakan, maka berikanlah ia kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin dan begitu juga musafir yang terkandas dalam perjalanan.” Dan apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan, maka sesungguhnya Allah amat mengetahui tentangnya.