Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-217

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يَسْـَٔلُوْنَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيْهِۗ قُلْ قِتَالٌ فِيْهِ كَبِيْرٌ ۗ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَكُفْرٌۢ بِهٖ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَاِخْرَاجُ اَهْلِهٖ مِنْهُ اَكْبَرُ عِنْدَ اللّٰهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ اَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُوْنَ يُقَاتِلُوْنَكُمْ حَتّٰى يَرُدُّوْكُمْ عَنْ دِيْنِكُمْ اِنِ اسْتَطَاعُوْا ۗ وَمَنْ يَّرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهٖ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَاُولٰۤىِٕكَ حَبِطَتْ اَعْمَالُهُمْ فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِ ۚ وَاُولٰۤىِٕكَ اَصْحٰبُ النَّارِۚ هُمْ فِيْهَا خٰلِدُوْنَ 217

Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad mengenai hukum berperang dalam bulan haram, maka katakanlah kepada mereka, “Peperangan dalam bulan haram itu hukumnya adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalang manusia daripada jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya; dan begitu juga menyekat orang Islam ke Masjid al-Haram, serta mengusir penduduknya dari situ adalah lebih besar dosanya di sisi Allah. Dan ingatlah, fitnah syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan semasa perang dalam bulan haram. Dan orang kafir itu akan sentiasa memerangi kamu sehingga mereka dapat mengeluarkan kamu daripada agama kamu jika mereka mampu berbuat demikian. Dan ingatlah sesiapa antara kamu yang murtad keluar daripada agamanya lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka terbatal segala amalan baiknya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, dan mereka kekal di dalamnya selamalamanya.

Tafsir Terjemahan

Daripada Jundub bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW mengutuskan satu kumpulan dan akhimya melantik Abdullah bin Jahsy R.A sebagai ketua. Rasulullah SAW menulis surat buat Abdullah R.A dan memerintahkannya agar tidak membaca sehinggalah sampai di suatu tempat. Sabda Baginda, “Janganlah kamu memaksa sahabatmu untuk mengikutimu.” Abdullah bin Jahsy R.A membaca surat tersebut dan melafazkan ucapan إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ serta berkata, “Kepatuhan dan ketaatan kepada Allah dan RasulNya.” Setelaih dibacakan kepada para sahabatnya, dua orang daripada mereka pulang, dan selebihnya meneruskan perjalanan. Mereka bertemu dengan lbn al-Hadhrami, lalu membunuhnya. Pembunuhan itu dilakukan dalam keadaan mereka tidak pasti adakah ia berlaku dalam bulan Rejab atau Jumada? Kaum musyrikin berkata kepada kaum Muslimin, “Kamu telah membunuh pada bulan haram.” Maka Allah SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)