Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-220

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِ ۗ وَيَسْـَٔلُوْنَكَ عَنِ الْيَتٰمٰىۗ قُلْ اِصْلَاحٌ لَّهُمْ خَيْرٌ ۗ وَاِنْ تُخَالِطُوْهُمْ فَاِخْوَانُكُمْ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ الْمُفْسِدَ مِنَ الْمُصْلِحِ ۗ وَلَوْ شَاۤءَ اللّٰهُ لَاَعْنَتَكُمْ اِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ 220

Supaya kamu berfikir mengenai apa yang memberi manfaat kepada kamu di dunia dan di alkhirat. Dan mereka bertanya kepadamu mengenai urusan anak yatim, maka jawablah, “Memperbaiki keadaan anak yatim itu adalah baik. Tetapi jika kamu campurkan harta mereka bersama harta kamu untuk urusan kehidupan bersama maka tiada apa-apa kesalahan ke atas kamu kerana mereka juga adalah saudara seagama denganmu. Allah Maha Mengetahui tentang mereka yang ingin merosakkan harta anak yatim berbanding mereka yang ingin menguruskannya dengan baik. Dan seandainya Allah kehendaki tentulah Dia memberatkan hukum-Nya ke atas kamu dalam urusan harta anak yatim. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)