Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-221

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَلَا تَنْكِحُوا الْمُشْرِكٰتِ حَتّٰى يُؤْمِنَّ ۗ وَلَاَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّنْ مُّشْرِكَةٍ وَّلَوْ اَعْجَبَتْكُمْ ۚ وَلَا تُنْكِحُوا الْمُشْرِكِيْنَ حَتّٰى يُؤْمِنُوْا ۗ وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّنْ مُّشْرِكٍ وَّلَوْ اَعْجَبَكُمْ ۗ اُولٰۤىِٕكَ يَدْعُوْنَ اِلَى النَّارِ ۖ وَاللّٰهُ يَدْعُوْٓا اِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِاِذْنِهٖۚ وَيُبَيِّنُ اٰيٰتِهٖ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُوْنَ ࣖ221

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan musyrik sehingga mereka beriman. Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman adalah lebih baik daripada seorang perempuan musyrik walaupun dia menarik hati kamu. Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan Islam dengan lelaki musyrik sehingga mereka beriman. Sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik daripada seorang lelaki musyrik walaupun dia menarik hati kamu. Orang musyrik itu hanya mengajak kamu ke neraka, sedangkan Allah mengajak kamu kepada syurga dan keampunan-Nya yang boleh dicapai dengan keizinan-Nya . Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka mengambil pengajaran.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)