Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-223

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

نِسَاۤؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ ۖ فَأْتُوْا حَرْثَكُمْ اَنّٰى شِئْتُمْ ۖ وَقَدِّمُوْا لِاَنْفُسِكُمْ ۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاعْلَمُوْٓا اَنَّكُمْ مُّلٰقُوْهُ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِيْنَ 223

lsteri kamu adalah ibarat kebun tanamanmu, Oleh itu, datangilah kebunmu daripada mana-mana sahaja kamu sukai. Dan perbekalkan untuk dirimu amalan-amalan yang baik, dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu kelak akan bertemu dengan-Nya dan sampaikan khabar gembira kepada orang yang beriman.

Tafsir Terjemahan

Daripada Jabir R.A berkata: Orang Yahudi berkata; “ Apabila seseorang menyetubuhi (isterinya) dari belakang maka mata anaknya akan juling.” Lalu Allah SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)