Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-228

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَالْمُطَلَّقٰتُ يَتَرَبَّصْنَ بِاَنْفُسِهِنَّ ثَلٰثَةَ قُرُوْۤءٍۗ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ اَنْ يَّكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللّٰهُ فِيْٓ اَرْحَامِهِنَّ اِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِۗ وَبُعُوْلَتُهُنَّ اَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِيْ ذٰلِكَ اِنْ اَرَادُوْٓا اِصْلَاحًا ۗوَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِيْ عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوْفِۖ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللّٰهُ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ ࣖ228

Dan isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka daripada berkahwin selama tiga kali suci daripada haid, dan tidak halal bagi mereka untuk menyembunyikan anak yang telah diciptakan Allah di dalam rahim mereka, jika mereka benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Suami mereka pula berhak untuk kembali merujuk isteri mereka dalam tempoh ldah jika mereka berniat untuk berdamai. Dan sebagaimana isteri-isteri mempunyai hak, mereka juga mempunyai kewajipan ke atas mereka dengan cara yang baik. Dalam pada itu orang lelaki mempunyai satu da~at kelebihan ke atas isteri mereka. Dan Allah itu Maha Perkasa terhadap mereka yang menyalahi-Nya lagi Maha Bijaksana.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)