Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-229

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلطَّلَاقُ مَرَّتٰنِ ۖ فَاِمْسَاكٌۢ بِمَعْرُوْفٍ اَوْ تَسْرِيْحٌۢ بِاِحْسَانٍ ۗ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ اَنْ تَأْخُذُوْا مِمَّآ اٰتَيْتُمُوْهُنَّ شَيْـًٔا اِلَّآ اَنْ يَّخَافَآ اَلَّا يُقِيْمَا حُدُوْدَ اللّٰهِ ۗ فَاِنْ خِفْتُمْ اَلَّا يُقِيْمَا حُدُوْدَ اللّٰهِ ۙ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيْمَا افْتَدَتْ بِهٖ ۗ تِلْكَ حُدُوْدُ اللّٰهِ فَلَا تَعْتَدُوْهَا ۚوَمَنْ يَّتَعَدَّ حُدُوْدَ اللّٰهِ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ229

Talak yang diharuskan rujuk hanyalah sebanyak dua kali. Sesudah itu, hendaklah si suami memegang isterinya dengan cara yang baik atau menceraikannya dengan cara yang baik. Dan jika berlaku perceraian, maka tidak halal bagi kamu untuk mengambil balik mahar yang kamu telah berikan kepada isteri kecuali jika kedua pasangan suami isteri merasakan bahawa mereka tidak dapat melaksanakan hukum syariat Allah dalam kehidupan berkahwin. Oleh itu, jika kamu wahai para wali merasakan bahawa keduanya memang tidak dapat melaksanakan hukum Allah dalam kehidupan berkahwin, maka tiada dosa ke atas kedua suami isteri tersebut jika si isteri menebus dirinya dengan membayar si suami untuk melepaskannya. ltulah hukum syariat Allah dalam kehidupan berkahwin, maka janganlah kamu menyalahinya dan sesiapa yang menyalahi peraturan Allah, maka merekalah orang yang zalim.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)