Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-231

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاۤءَ فَبَلَغْنَ اَجَلَهُنَّ فَاَمْسِكُوْهُنَّ بِمَعْرُوْفٍ اَوْ سَرِّحُوْهُنَّ بِمَعْرُوْفٍۗ وَلَا تُمْسِكُوْهُنَّ ضِرَارًا لِّتَعْتَدُوْا ۚ وَمَنْ يَّفْعَلْ ذٰلِكَ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهٗ ۗ وَلَا تَتَّخِذُوْٓا اٰيٰتِ اللّٰهِ هُزُوًا وَّاذْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ وَمَآ اَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِّنَ الْكِتٰبِ وَالْحِكْمَةِ يَعِظُكُمْ بِهٖ ۗوَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ ࣖ231

Apabila kamu menceraikan isteri kamu, kemudian mereka menghampiri penghujung tempoh idahnya, maka pada saat itu, hendaklah kamu merujuk mereka dengan cara yang baik atau melepaskan mereka dengan cara yang baik. Tetapi, janganlah kamu merujuk mereka dengan tujuan menyakiti dengan melakukan kezaliman terhadap mereka, dan sesiapa yang melakukan demikian, maka sesungguhnya pada hakikatnya dia telah menzalimi dirinya sendiri. Janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai bahan permainan. lngatlah nikmat yang Allah telah berikan kepada kamu, dan ingatlah apa yang telah diturunkan Allah kepada kamu iaitu al-Quran dan Sunnah sebagai peringatan buat diri kamu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)