Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-232

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاۤءَ فَبَلَغْنَ اَجَلَهُنَّ فَلَا تَعْضُلُوْهُنَّ اَنْ يَّنْكِحْنَ اَزْوَاجَهُنَّ اِذَا تَرَاضَوْا بَيْنَهُمْ بِالْمَعْرُوْفِ ۗ ذٰلِكَ يُوْعَظُ بِهٖ مَنْ كَانَ مِنْكُمْ يُؤْمِنُ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ ۗ ذٰلِكُمْ اَزْكٰى لَكُمْ وَاَطْهَرُ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ 232

Dan apabila kamu telah menceraikan isteri kamu lalu tempoh ldah mereka habis, maka janganlah kamu wahai para wali menghalang mereka daripada berkahwin semula dengan bekas suami mereka jika mereka telah bersetuju sesama mereka dengan cara yang baik. ltulah peringatan kepada sesiapa antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Hukum yang ditetapkan itu adalah lebih baik dan lebih suci bagi kamu. Dan Allah mengetahui apa yang baik untuk kamu sedang kamu tidak mengetahui

Tafsir Terjemahan

Al-Hasan menyatakan bahawa saudara perempuan Maqil bin Yasar R.A ialah isteri seorang lelaki. Dia menceraikannya dan berpisah dengannya hingga habis ldah. Lelaki itu meminangnya semula. Maqil marah dan menolak pinangan itu lalu berkata, “Dia meninggalkannya padahal dia mampu.” Lelaki itu meminangnya kembali. Maqil menghalang kedua-duanya. Maka Allah menurunkan ayat ini. Lalu Rasulullah SAW memanggilnya dan membacakan kepadanya. Beliau terus meninggalkan keangkuhannya dan menerima ketentuan ALLAH SWT.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)