Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-235

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيْمَا عَرَّضْتُمْ بِهٖ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاۤءِ اَوْ اَكْنَنْتُمْ فِيْٓ اَنْفُسِكُمْ ۗ عَلِمَ اللّٰهُ اَنَّكُمْ سَتَذْكُرُوْنَهُنَّ وَلٰكِنْ لَّا تُوَاعِدُوْهُنَّ سِرًّا اِلَّآ اَنْ تَقُوْلُوْا قَوْلًا مَّعْرُوْفًا ەۗ وَلَا تَعْزِمُوْا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتّٰى يَبْلُغَ الْكِتٰبُ اَجَلَهٗ ۗوَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ يَعْلَمُ مَا فِيْٓ اَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوْهُ ۚوَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ حَلِيْمٌ ࣖ235

Dan tiada dosa ke atas kamu untuk meluahkan hasrat secara kiasan dalam meminang perempuan yang kematian suami dan masih dalam tempoh ldah, atau jika kamu sembunyikan sahaja keinginanmu itu dalam hati. Allah mengetahui bahawa kamu akan sentiasa teringat kepada mereka, maka dibenarkan kamu untuk membuat pinangan secara kiasan. Tetapi janganlah kamu membuat perjanjian dengan mereka untuk bernikah secara sulit selama mereka masih dalam tempoh ldah, kecuali dengan cara yang baik iaitu dengan meluahkan hasrat kamu secara kiasan sahaja. Dan janganlah kamu mengambil keputusan untuk melakukan akad nikah sebelum habis tempoh ldah yang ditetapkan itu. Ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka hendaklah kamu berjaga-jaga, dan ketahuilah juga bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Belas Kasihan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)