Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-236

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ اِنْ طَلَّقْتُمُ النِّسَاۤءَ مَا لَمْ تَمَسُّوْهُنَّ اَوْ تَفْرِضُوْا لَهُنَّ فَرِيْضَةً ۖ وَّمَتِّعُوْهُنَّ عَلَى الْمُوْسِعِ قَدَرُهٗ وَعَلَى الْمُقْتِرِ قَدَرُهٗ ۚ مَتَاعًا ۢبِالْمَعْرُوْفِۚ حَقًّا عَلَى الْمُحْسِنِيْنَ 236

Tiada dosa dan jug a tiada kewajipan membayar mas kahwin ke atas kamu jika kamu menceraikan isteri kamu sebelum kamu bersetubuh dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi sagu hati kepada mereka yang diceraikan itu mengikut kemampuan masingmasing; suami yang berkemampuan perlu memberi sagu hati sesuai dengan kemampuannya, dan suami yang susah pula mengikut kemampuannya juga. Pemberian sagu hati ini perlu diberi dengan cara yang baik dan juga sebagai satu kewajipan ke atas orang yang berbuat kebaikan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)