Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-240

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَالَّذِيْنَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُوْنَ اَزْوَاجًاۖ وَّصِيَّةً لِّاَزْوَاجِهِمْ مَّتَاعًا اِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ اِخْرَاجٍ ۚ فَاِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيْ مَا فَعَلْنَ فِيْٓ اَنْفُسِهِنَّ مِنْ مَّعْرُوْفٍۗ وَاللّٰهُ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ 240

Dan mereka yang hampir mati antara kamu, serta akan meninggalkan isteri, maka hendaklah mereka berwasiat untuk isteri mereka agar diberi nafkah makan, pakaian dan tempat tinggal selama setahun dan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri sebelum sampai tempoh setahun, maka tidaklah kamu bersalah wahai para wali mengenai apa yang mereka lakukan pada diri mereka daripada perkara yang tidak dilarang syarak seperti berhias dan memakai minyak wangi. Allah Maha Perkasa ke atas mereka yang menyalahiNya, lagi Maha Bijaksana

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)