Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-243

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ اَلَمْ تَرَ اِلَى الَّذِيْنَ خَرَجُوْا مِنْ دِيَارِهِمْ وَهُمْ اُلُوْفٌ حَذَرَ الْمَوْتِۖ فَقَالَ لَهُمُ اللّٰهُ مُوْتُوْا ۗ ثُمَّ اَحْيَاهُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ لَذُوْ فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلٰكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُوْنَ 243

Tidakkah kamu tahu wahai Muhammad perihal mereka yang keluar dari kampung halaman mereka kerana takutkan mati, sedang bilangan mereka beribu-ribu. Lalu Allah berfirman kepada mereka, “Matilah kamu!” Kemudian Allah menghidupkan mereka kembali agar mereka sedar bahawa segala mudarat dan manfaat adalah dengan izin Allah. Sesungguhnya Allah mempunyai limpah kurnia yang banyak ke atas manusia, tetapi kebanyakan manusia itu tidak bersyukur.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)