Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-246

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلَمْ تَرَ اِلَى الْمَلَاِ مِنْۢ بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ مِنْۢ بَعْدِ مُوْسٰىۘ اِذْ قَالُوْا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۗ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ اِنْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ اَلَّا تُقَاتِلُوْا ۗ قَالُوْا وَمَا لَنَآ اَلَّا نُقَاتِلَ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَقَدْاُخْرِجْنَا مِنْ دِيَارِنَا وَاَبْنَاۤىِٕنَا ۗ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْا اِلَّا قَلِيْلًا مِّنْهُمْ ۗوَاللّٰهُ عَلِيْمٌ ۢبِالظّٰلِمِيْنَ 246

Tidakkah kamu tahu wahai Muhammad perihal ketua-ketua Bani Israel selepas kewafatan Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada nabi mereka, “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya kami boleh berperang bersama dengannya pada jalan Allah.” Nabi mereka menjawab, “Adakah terdapat kemungkinan jika diwajibkan ke atas kamu untuk berperang, kamu enggan untuk berperang?” Mereka menjawab, “Mengapa pula kami tidak mahu berperang di jalan Allah, sedangkan kami telah diusir daripada kampung halaman kami dan dipisahkan daripada anak-anak kami yang telah ditawan.” Namun, apabila diwajibkan ke atas mereka untuk berperang, mereka lalu berpaling daripada menunaikan kewajipan itu, kecuali hanya sebahagian kecil sahaja daripada mereka. Dan Allah Maha Mengetahui tentang orang yang zalim itu.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)