Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-247

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ اِنَّ اللّٰهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوْتَ مَلِكًا ۗ قَالُوْٓا اَنّٰى يَكُوْنُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ اَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِۗ قَالَ اِنَّ اللّٰهَ اصْطَفٰىهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهٗ بَسْطَةً فِى الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۗ وَاللّٰهُ يُؤْتِيْ مُلْكَهٗ مَنْ يَّشَاۤءُ ۗ وَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ 247

Dan nabi mereka berkata kepada mereka, “Allah telah melantik Talut sebagai raja kamu.” Lalu ketua-ketua Bani Israel berkata, “Bagaimana Talut layak untuk memerintah kami sedangkan kami lebih berhak memegang tampuk pemerintahan daripadanya. Tambahan pula dia tidak diberikan harta kekayaan yang luas?” Nabi mereka menjawab, “Sesungguhnya Allah telah memilih Talut itu untuk memerintah kamu dan Dia telah menambahkan kepadanya keluasan ilmu pengetahuan dan keperkasaan tubuh badan. Dan Allah itu berhak mengurniakan kuasa pemerintahan-Nya kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. lngatlah Allah itu Maha Luas Limpah Kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui siapa yang berhak untuk menerimanya

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)