Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-248

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ اِنَّ اٰيَةَ مُلْكِهٖٓ اَنْ يَّأْتِيَكُمُ التَّابُوْتُ فِيْهِ سَكِيْنَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ اٰلُ مُوْسٰى وَاٰلُ هٰرُوْنَ تَحْمِلُهُ الْمَلٰۤىِٕكَةُ ۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِيْنَ ࣖ248

Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, “Sesungguhnya bukti yang mengesahkan kebenaran kerajaan Talut itu ialah dengan cara Allah mengembalikan kepada kamu peti Tabut. Peti itu mengandungi sesuatu yang memberi kamu ketenteraman jiwa daripada Tuhanmu dan ia juga mengandungi sebahagian daripada apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan keluarga Nabi Harun yang dibawa oleh para malaikat. Sesungguhnya kejadian itu merupakan satu petanda yang jelas bagi kamu jika kamu benar-benar orang yang beriman.”

Tafsir Terjemahan

Al-Tabut ialah kotak untuk menyimpan harta. Maksudnya dalam konteks ayat ini ialah sebuah peti yang mengandungi Kitab Taurat yang dikumiakan oleh Allah kepada Nabi Musa di atas Bukit Tursina. Diriwayatkan bahawa ia diperbuat daripada kayu yang disalut dengan emas. la adalah mukjizat dan bukti kerajaan Talut dan menjadi penenang hati bagi Bani Israel (Syed Qutb dan al-Zuhaili).
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)