Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-25

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَبَشِّرِ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ اَنَّ لَهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ ۗ كُلَّمَا رُزِقُوْا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِّزْقًا ۙ قَالُوْا هٰذَا الَّذِيْ رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَاُتُوْا بِهٖ مُتَشَابِهًا ۗوَلَهُمْ فِيْهَآ اَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَّهُمْ فِيْهَا خٰلِدُوْنَ25

Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang beriman yang mengerjakan amal soleh bahawa untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka dihidangkan buah-buahan di dalam syurga itu, mereka berkata, “Buah-buahan inilah yang dihidangkan kepada kami dahulu,” dan memang mereka dihidangkan dengan buahbuahan yang nampak serupa. Di dalam syurga itu juga disediakan juga untuk mereka isteri-isteri yang suci daripada sebarang kecacatan, dan kekurangan, tinggallah mereka di sana buat selamalamanya.

Tafsir Terjemahan

Yang nampak serupa. Menurut Syeikh Tantawi dalam Tafsir al-Wasit, maksud yang nampak serupa ialah mereka dihidangkan dengan buah-buahan yang nampak sama dengan buahbuahan di dunia daripada segi bentuk dan bau tetapi berbeza daripada segi lazat dan rasa.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)