Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-251

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَهَزَمُوْهُمْ بِاِذْنِ اللّٰهِ ۗوَقَتَلَ دَاوٗدُ جَالُوْتَ وَاٰتٰىهُ اللّٰهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهٗ مِمَّا يَشَاۤءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللّٰهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الْاَرْضُ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ ذُوْ فَضْلٍ عَلَى الْعٰلَمِيْنَ 251

Lalu tentera Talut dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud yang pada ketika itu bersama tentera Talut telah membunuh Jalut, lalu Allah kurniakan kepada Nabi Daud tampuk pemerintahan dan kenabian dan Allah ajarkan kepadanya sebahagian daripada ilmu yang Allah kehendaki. Dan sekiranya Allah tidak menggerakkan setengah manusia untuk menentang kezaliman yang dibuat oleh setengah yang lain nescaya bumi itu akan menjadi rosak disebabkan kezaliman itu, tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia-Nya kepada sekalian alam.

Tafsir Terjemahan

Hikmah ialah mencapai tahap kebenaran dengan menggunakan ilmu dan akal. Justeru, apabila disebut hikmah daripada Allah, ia bermaksud mengetahui sesuatu dan mengadakannya dengan sangat tepat (AI-Asfahani). Maksud hikmah dalam konteks ayat ini ialah kenabian (AI-Zuhaili).
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)