Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-253

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍۘ مِنْهُمْ مَّنْ كَلَّمَ اللّٰهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجٰتٍۗ وَاٰتَيْنَا عِيْسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنٰتِ وَاَيَّدْنٰهُ بِرُوْحِ الْقُدُسِۗ وَلَوْ شَاۤءَ اللّٰهُ مَا اقْتَتَلَ الَّذِيْنَ مِنْۢ بَعْدِهِمْ مِّنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَتْهُمُ الْبَيِّنٰتُ وَلٰكِنِ اخْتَلَفُوْا فَمِنْهُمْ مَّنْ اٰمَنَ وَمِنْهُمْ مَّنْ كَفَرَ ۗوَلَوْ شَاۤءَ اللّٰهُ مَا اقْتَتَلُوْاۗ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيْدُ ࣖ253

Para rasul itu, kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain. Terdapat dalam kalangan mereka golongan yang Allah berbicara dengannya secara langsung dan ada pula sebahagiannya Allah angkat darjat mereka dengan darjat yang tinggi. Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Isa lbn Maryam bukti-bukti yang jelas dan Kami perkuatkannya dengan bantuan malaikat Jibril. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya orang yang datang selepas kedatangan para rasul itu tidak saling berbunuhan setelah datang kepada mereka keteranganketerangan yang jelas. Akan tetapi mereka tetap berselisih lalu wujud antara mereka golongan yang beriman dan golongan yang kafir. Dan jika Al lah kehendaki, agar mereka bersatu atas kebenaran dan tidak berbunuhan tentulah mereka tidak saling berbunuhan, tetapi Allah membuat apa sahaja yang Dia kehendaki.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)