Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-255

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ اَلْحَيُّ الْقَيُّوْمُ ەۚ لَا تَأْخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا نَوْمٌۗ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِۗ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهٗٓ اِلَّا بِاِذْنِهٖۗ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ اَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْۚ وَلَا يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهٖٓ اِلَّا بِمَا شَاۤءَۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَۚ وَلَا يَـُٔوْدُهٗ حِفْظُهُمَاۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ255

Allah, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Tuhan Yang Maha Hidup lagi Yang Maha Pentadbir sekalian makhluk-Nya, Tuhan yang tidak pernah mengantuk atau tidur, Tuhan yang memiliki segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat menghulurkan syafaat pertolongan di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Tuhan yang mengetahui masa lampau dan masa hadapan makhluk ciptaan-Nya, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang Al lah kehendaki buat mereka. Luasnya Kursi Allah (yang tidak serupa dengan makhluk atau ilmu dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah untuk memelihara keduanya. Dia Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)