Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-256

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَآ اِكْرَاهَ فِى الدِّيْنِۗ قَدْ تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَنْ يَّكْفُرْ بِالطَّاغُوْتِ وَيُؤْمِنْۢ بِاللّٰهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقٰى لَا انْفِصَامَ لَهَا ۗوَاللّٰهُ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ256

Tiada sebarang paksaan dalam memeluk Islam kerana sesungguhnya kebenaran itu telah jelas berbeza daripada kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyembah taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang dengan ikatan tali yang kukuh dan tidak akan putus. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar kata-kata hambanya, lagi Maha Mengetahui.

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A berkata: Seorang wanita yang selalu kematian anak ketika melahirkannya telah berjanji jika anaknya hidup, dia pasti akan menjadikannya Yahudi. Ketika Bani al-Nadhir diusir dari Madinah, terdapat dalam kalangan mereka anak-anak golongan al-Ansar. Lantas mereka berkata: “Kami tidak akan membiarkan anak-anak kami (memeluk agama lain).” Maka Allah SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)