Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-257

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَللّٰهُ وَلِيُّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا يُخْرِجُهُمْ مِّنَ الظُّلُمٰتِ اِلَى النُّوْرِۗ وَالَّذِيْنَ كَفَرُوْٓا اَوْلِيَاۤؤُهُمُ الطَّاغُوْتُ يُخْرِجُوْنَهُمْ مِّنَ النُّوْرِ اِلَى الظُّلُمٰتِۗ اُولٰۤىِٕكَ اَصْحٰبُ النَّارِۚ هُمْ فِيْهَا خٰلِدُوْنَ ࣖ257

Allah ialah Pelindung orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan kufur kepada cahaya iman. Adapun orang yang kafir, penolong mereka ialah taghut, Dia mengeluarkan mereka daripada cahaya iman kepada kegelapan kufur. Mereka itulah ahli neraka, dan mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya.

Tafsir Terjemahan

Maksud taghut ialah setiap sesuatu yang melampaui batas dan setiap yang disembah melainkan Allah SWT seperti ahli sihir, bomoh dan orang yang menyeleweng daripada jalan kebenaran. Taghut dalam ayat ini ialah syaitan atau berhala, patung dan sebagainya yang disernbah melainkan Allah SWT. (al-Zuhaili, al-Raghib al-Asfahani)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)