Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-258

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلَمْ تَرَ اِلَى الَّذِيْ حَاۤجَّ اِبْرٰهٖمَ فِيْ رَبِّهٖٓ اَنْ اٰتٰىهُ اللّٰهُ الْمُلْكَ ۘ اِذْ قَالَ اِبْرٰهٖمُ رَبِّيَ الَّذِيْ يُحْيٖ وَيُمِيْتُۙ قَالَ اَنَا۠ اُحْيٖ وَاُمِيْتُ ۗ قَالَ اِبْرٰهٖمُ فَاِنَّ اللّٰهَ يَأْتِيْ بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِيْ كَفَرَ ۗوَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَۚ258

Adakah engkau tidak perhatikan wahai Muhammad tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim berkaitan Tuhannya hanya kerana Allah telah mengurniakan kepadanya kuasa pemerintahan lalu dia berasa bongkak. Ketika Nabi Ibrahim berkata, “Tuhanku ialah tuhan yang menghidupkan dan mematikan.” Dia menjawab, “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan.” Nabi Ibrahim berkatalagi, “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka engkau terbitkanlah matahari itu dari barat.” Maka tercengang orang kafir itu mendengar hujah Nabi Ibrahim lalu diam membisu. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)