Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-259

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَوْ كَالَّذِيْ مَرَّ عَلٰى قَرْيَةٍ وَّهِيَ خَاوِيَةٌ عَلٰى عُرُوْشِهَاۚ قَالَ اَنّٰى يُحْيٖ هٰذِهِ اللّٰهُ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ فَاَمَاتَهُ اللّٰهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهٗ ۗ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ ۗ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا اَوْ بَعْضَ يَوْمٍۗ قَالَ بَلْ لَّبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانْظُرْ اِلٰى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ ۚ وَانْظُرْ اِلٰى حِمَارِكَۗ وَلِنَجْعَلَكَ اٰيَةً لِّلنَّاسِ وَانْظُرْ اِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوْهَا لَحْمًا ۗ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهٗ ۙ قَالَ اَعْلَمُ اَنَّ اللّٰهَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ259

Adakah engkau perhatikan juga kepada orang yang melalui sebuah negeri yang sudah runtuh segala bangunannya, lalu dia berkata, “Bagaimana agaknya Allah akan menghidupkan penduduk negeri ini setelah mereka mati?” Lalu Allah mematikan dia selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia kembali lalu bertanya kepadanya, “Berapa lama engkau telah mati?” Dia menjawab, “Aku telah mati selama sehari atau setengah hari.” Allah berfirman, “Tidak benar, bahkan engkau telah mati selama seratus tahun. Perhatikanlah keadaan makanan dan minuman kamu yang masih tidak berubah, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu yang hanya tinggal tulangbelulang. Kami lakukan perkara ini untuk menjadikan engkau sebagai tanda kekuasaan Kami buat umat manusia. Maka lihatlah kepada tulang-tulang keldai itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging.” Maka apabila telah jelas kepadanya apa yang berlaku itu, berkatalah dia, “Sekarang aku mengetahui dengan yakin bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)