Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-260

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذْ قَالَ اِبْرٰهٖمُ رَبِّ اَرِنِيْ كَيْفَ تُحْيِ الْمَوْتٰىۗ قَالَ اَوَلَمْ تُؤْمِنْ ۗقَالَ بَلٰى وَلٰكِنْ لِّيَطْمَىِٕنَّ قَلْبِيْ ۗقَالَ فَخُذْ اَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِفَصُرْهُنَّ اِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلٰى كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِيْنَكَ سَعْيًا ۗوَاعْلَمْ اَنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌحَكِيْمٌ ࣖ260

Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata, “Wahai Tuhanku! Tunjukkan kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang mati?” Allah berfirman, “Adakah engkau belum percaya?” Jawab Nabi Ibrahim, “Aku sememangnya sudah percaya tetapi supaya hatiku lebih tenteram.” Lalu Allah berfirman, “Ambillah empat ekor burung dan kumpulkan mereka lalu potong burung-burung itu, kemudian letakkan sebahagian daripada burung-burung yang dicincang itu di atas tiap-tiap bukit, kemudian kamu panggillah burungburung itu nescaya ia akan datang dengan segera kepadamu. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)