Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-261

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَاۤءُ ۗوَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ261

Bandingan pahala kepada orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, ibarat sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan tiaptiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui.

Tafsir Terjemahan

Maksudnya: “Di jalan Allah.” R sabilillah adalah apa sahaja amalan soleh yang membawa kepada keredhaan ALLAH SWT. Conteh amalan yang termasuk dalam kategori ti sabilillah ialah menyebarkan ilmu, memerangi kejahilan, mengatasi kemiskinan, menghapuskan wabak penyakit dan yang paling tinggi sudah tentunya berjihad menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. (al-Zuhaili, Abu Bakar Jabir al-Jaza'iri)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)