Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-267

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَنْفِقُوْا مِنْ طَيِّبٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ اَخْرَجْنَا لَكُمْ مِّنَ الْاَرْضِ ۗ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيْثَ مِنْهُ تُنْفِقُوْنَ وَلَسْتُمْ بِاٰخِذِيْهِ اِلَّآ اَنْ تُغْمِضُوْا فِيْهِ ۗ وَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ غَنِيٌّ حَمِيْدٌ267

Wahai orang yang beriman! Sedekahkan sebahagian daripada hasil usaha kamu yang halal dan baik, dan dermakanlah juga sebahagian daripada apa yang Kami telah keluarkan untuk kamu dari tanaman bumi. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripada tanaman untuk kamu sedekahkan, sedangkan kamu sendiri tidak akan mengambilnya kecuali dengan memejamkan mata kerana berat hati. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Tafsir Terjemahan

Daripada Sahl bin Hunaif R.A berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang dua jenis tamar iaitu al-Ju'rur (sejenis tamar yang terlalu kecil dan tiada manfaat) dan al-Hubaiq (tamar yang buruk, berhabuk serta ter1alu kecil). Beliau berkata: Terdapat dalam kalangan manusia yang memilih buah-buahan yang buruk dan disedekahkan. Lantas mereka dilarang dari dua jenis tamar tersebut, dan diturunkan ayat Allah SWT:

وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ, LJ (Surah al-Baqarah, ayat 267)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)