Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-272

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ لَيْسَ عَلَيْكَ هُدٰىهُمْ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ يَهْدِيْ مَنْ يَّشَاۤءُ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ خَيْرٍ فَلِاَنْفُسِكُمْ ۗوَمَا تُنْفِقُوْنَ اِلَّا ابْتِغَاۤءَ وَجْهِ اللّٰهِ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ خَيْرٍ يُّوَفَّ اِلَيْكُمْ وَاَنْتُمْ لَا تُظْلَمُوْنَ272

Bukanlah menjadi kewajipanmu wahai Muhammad untuk memberikan hidayah kepada mereka, tetapi Allah jugalah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan apa juga harta halal yang kamu sedekahkan, faedah kebaikannya adalah untuk diri kamu sendiri. Dan tidaklah harta yang kamu sedekahkan kecuali untuk mencari keredhaan Allah sematamata. Dan harta halal yang kamu sedekahkan, akan disempurnakan ganjarannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi.

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A berkata: Para sahabat R.A tidak suka untuk memberi pemberian yang kecil nilainya kepada kalangan pembesar kaum musyrikin (daripada keluarga mereka), lantas mereka bertanya (Rasulullah SAW,. Baginda SAW memberikan keringanan kepada mereka (memberikan pemberian yang bernilai kecil), kemudian turun ayat Allah SWT ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)