Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-275

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلَّذِيْنَ يَأْكُلُوْنَ الرِّبٰوا لَا يَقُوْمُوْنَ اِلَّا كَمَا يَقُوْمُ الَّذِيْ يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطٰنُ مِنَ الْمَسِّۗ ذٰلِكَ بِاَنَّهُمْ قَالُوْٓا اِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبٰواۘ وَاَحَلَّ اللّٰهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبٰواۗ فَمَنْ جَاۤءَهٗ مَوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّهٖ فَانْتَهٰى فَلَهٗ مَا سَلَفَۗ وَاَمْرُهٗٓ اِلَى اللّٰهِ ۗ وَمَنْ عَادَ فَاُولٰۤىِٕكَ اَصْحٰبُ النَّارِ ۚ هُمْ فِيْهَا خٰلِدُوْنَ275

Orang yang memakan riba tidak akan bangkit daripada kubur mereka kecuali dalam keadaan terhuyunghayang seperti mereka yang dirasuk syaitan. lni adalah kerana mereka berkata, “Sesungguhnya jual beli itu sama seperti riba,” sedangkan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang mendapat peringatan daripada Tuhannya lalu berhenti daripada memakan riba, maka apa yang diambil dahulu menjadi haknya dan urusan itu terserah kepada Allah. Sesiapa yang kembali mengambil riba setelah mendapat peringatan, maka mereka ialah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

Tafsir Terjemahan

Riba menurut bahasa ialah tambahan. Menurut syarak, ia bermaksud lebihan harta tanpa imbalan dalam pertukaran harta dengan harta mengikut transaksi sistem barter atau tambahan dalam muamalat jual beli, pinjaman duit atau makanan berdasarkan kadar atau : tempoh. (al-Zuhaili)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)