Allah memusnahkan harta riba dan mengembangkan harta sedekah, dan Allah tidak suka kepada setiap orang kafir yang berterusan memakan riba.
Tafsir Terjemahan
Pengembangan sedekah ber1aku dalam dua aspek; duniawi dan ukhrawi. Aspek duniawi ialah balasan yang diterima atas dunia daripada tambahan kurniaan nikmat dan disukai orang ramai. Aspek ukhrawi pula gandaan pada ganjaran yang menanti. (al-Tantawi)