كَيْفَ تَكْفُرُوْنَ بِاللّٰهِ وَكُنْتُمْ اَمْوَاتًا فَاَحْيَاكُمْۚ ثُمَّ يُمِيْتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيْكُمْ ثُمَّ اِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ 28
Bagaimana kamu tergamak untuk kufur kepada Allah, sedangkan kamu dahulunya tidak wujud dan Dia yang telah menciptakan kamu, kemudian Dia akan mematikan kamu lalu membangkitkan kamu semula, dan seterusnya hanya kepada-Nya kamu semua akan dikembalikan.