Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-286

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖ286

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Seseorang itu mendapat pahala daripada kebaikan yang diusahakannya dan dia juga mendapat azab daripada kejahatan yang dilakukannya. Rasul dan orang beriman berdoa, “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami terlupa atau melakukan kesalahan secara tidak sengaja. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami dan ampunilah kami serta rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami maka bantulah kami mengalahkan orang kafir.”

Tafsir Terjemahan

أكلفته bererti beban. Jika disebutkan كلف فلان بكذا maksudnya ialah si fulan كلف dibebankan j dengan perkara ini. Perkataan اكلف pula bermakna aku membebankannya. Kalimah الكلف فی الوجه bererti kemuraman padjl wajah kerana wajah yang muram menunjukkan bebanan : yang dipikul. Kalimah تكلف الشيء pula bermaksud apa yang dilakukan oleh seseorang dengan menampakkan keletihan dan kesukaran yang dihadapinya. Dalam konteks ayat ini, maksud لا يكلف ialah tidak membebankan (al-Raghib al-Asfahani).
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)