Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-3

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنْفِقُوْنَ ۙ3

laitu mereka yang beriman dengan perkara ghaib, mendirikan solat dan mendermakan sebahagian daripada rezeki yang telah Kami kurniakan kepada mereka.

Tafsir Terjemahan

يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ bermaksud mereka beriman dengan perkara ghaib. Perkara ghaib pada asasnya tidak diketahui kecuali oleh Allah. Malaikat, jin dan para rasul juga tidak mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT berikan maklumat itu kepada mereka. Ketika Allah SWT mengajar nama-nama kepada Adam AS, para malaikat tidak mengetahui perkara tersebut. (Surah al-Baqarah: 31 - 33) Jin juga tidak mengetahui perkara ghaib, dalilnya apabila Nabi Sulaiman AS meninggal dunia, golongan jin masih bekerja tidak mengetahui kematian Nabi Sulaiman. (Surah Saba: 14) Bermakna perkara ghaib ini tidak ada yang tahu kecuali Allah dan makhluk yang Allah SWT izinkan. Puncak perkara ghaib ialah beriman kepada Allah SWT, beriman kepada malaikat, kitab, para rasul, beriman kepada hari akhirat. Apabila Allah SWT menceritakan perihal malaikat sedangkan kita tidak melihatnya, maka kita yakin dan beriman tentang kewujudannya. Begitu juga dengan hari akhirat. Kita beriman kerana Allah SWT memberitahu mengenainya dalam al-Quran tentangnya. (al-Sya'rawi)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)