Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-30

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلٰۤىِٕكَةِ ِانِّيْ جَاعِلٌ فِى الْاَرْضِ خَلِيْفَةً ۗ قَالُوْٓا اَتَجْعَلُ فِيْهَا مَنْ يُّفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاۤءَۚ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۗ قَالَ اِنِّيْٓ اَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُوْنَ30

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi.” Lalu para malaikat bertanya, “Adakah Engkau hendak menjadikan di atas muka bumi ini mereka yang sering melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan-Mu?” Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui perkara yang kamu tidak ketahui.”

Tafsir Terjemahan

Maksud asal perkataan khalifah ialah orang yang menggantikan orang lain atau mewakilinya dalam menunaikan sesuatu pekerjaan. Menurut lbn Ashur, maksud khalifah dalam ayat ini ialah bahawa ALLAH SWT menjadikan manusia yang telah dilengkapkan dengan kemampuan untuk menguruskan makhluk ciptaan Allah di muka bumi, sebagai pentadbir bagi melaksanakan apa yang dikehendaki-Nya dengan bimbingan wahyu, ilham dan akal fikiran yang dikurniakan. (lbn Ashur, al-Tahrir wa al-Tanwir, 1/399)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)