Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-45

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۗ وَاِنَّهَا لَكَبِيْرَةٌ اِلَّا عَلَى الْخٰشِعِيْنَۙ45

Dan pohonlah pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan mendirikan solat. Sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyuk.

Tafsir Terjemahan

Bermaksud perintah memohon bantuan dan pertolongan daripada ALLAH SWT. Perintah memohon pertolongan ini adalah dengan cara sabar dan solat dengan tujuan mendidik Mukmin supaya sentiasa menjauhkan diri daripada kemurkaan ALLAH SWT dengan bersabar daripada melakukan kemungkaran dan sentiasa mendekatkan diri kepada keredhaan ALLAH SWT dengan mendirikan solat. Kedua-dua unsur ini akan menjadikan manusia terus kekal dan selamat di atas jalan kebenaran. (Rashid Rida, Tafsir al-Quran al-Hakim, 1/248)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)