Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-54

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذْ قَالَ مُوْسٰى لِقَوْمِهٖ يٰقَوْمِ اِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ اَنْفُسَكُمْ بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوْبُوْٓا اِلٰى بَارِىِٕكُمْ فَاقْتُلُوْٓا اَنْفُسَكُمْۗ ذٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِنْدَ بَارِىِٕكُمْۗ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۗ اِنَّهٗ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ 54

lngatlah jua ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku! Kamu telah menzalimi diri kamu sendiri dengan perbuatan kamu menyembah patung anak lembu. Oleh itu, bertaubatlah kepada Tuhan Yang Maha Pencipta dan bunuhlah orang yang bersalah dalam kalangan kamu. Tindakan itu lebih baik di sisi Tuhanmu. Dan setelah itu Dia akan menerima taubat kamu, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih.”

Tafsir Terjemahan

Menurut Muhammad Abduh, taubat adalah menghilangkan saki baki keinginan melakukan dosa daripada hati, gerun terhadap keagungan Allah SWT dan takut terhadap pembalasan daripada-Nya, serta yakin bahawa tiada pelepasan daripada kembali kepada-Nya di hari akhirat. Perasaan ini akan mendesak jiwa seseorang untuk melakukan amalan kebajikan yang boleh menutup kesan negatif daripada perbuatan dosa yang telah dilakukan. (Rashid Rida, Tafsir al-Ouran al-Hakim, 1 /265) Al-Bari bermaksud Tuhan yang mencipta makhluk tanpa sebarang contoh terdahulu. Pada kebiasaannya ia merujuk kepada makhluk bernyawa iaitu manusia dan haiwan. (Abdul Hamid, Kishk, Asma' Allah al-Husna, 85). Pemilihan nama al-Bari daripada Asma' Husna Allah SWT ini menjadi sindiran terhadap perbuatan buruk orang Yahudi yang menyembah patung lembu tidak bernyawa yang mereka buat dengan tangan mereka sedangkan ia tidak hidup.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)