Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-58

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذْ قُلْنَا ادْخُلُوْا هٰذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُوْا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًا وَّادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَّقُوْلُوْا حِطَّةٌ نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطٰيٰكُمْ ۗ وَسَنَزِيْدُ الْمُحْسِنِيْنَ 58

Dan ingatlah ketika Kami berkata, “Masuklah kamu ke dalam Baitul Maqdis dan makanlah di sana apa sahaja makanan yang kamu suka dengan penuh kenikmatan, serta masuklah kamu melalui pintu kota Baitul Maqdis dengan penuh rasa syukur, khusyuk, dan mohonlah keampunan, nescaya Kami akan ampunkan dosa kamu, dan Kami juga akan tambahkan lagi pahala kepada orang yang berbuat kebaikan.

Tafsir Terjemahan

Tutuplah dosa kami. Menurut al-Asfahani asal perkataan ini bermaksud menurunkan sesuatu daripada tempat tinggi. Ahli tafsir seperti al-Suyuti menjelaskan ia bermaksud perintah Allah SWT kepada Bani Israel agar memohon keampunan kepada-Nya dan sebagai balasan, Allah SWT berjanji akan memadam dosa mereka.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)