وَاِذْ اَخَذْنَا مِيْثَاقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّوْرَۗ خُذُوْا مَآ اٰتَيْنٰكُمْ بِقُوَّةٍ وَّاذْكُرُوْا مَا فِيْهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ63
lngatlah ketika Kami mengambil janji setia kamu ketika Kami mengangkat Bukit Tursina betul-betul di atas kamu sambil berfirman, “Hendaklah kamu berpegang teguh kepada Taurat yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan ingatlah pengajaran yang terkandung di dalamnya agar kamu bertakwa.”