Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-71

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قَالَ اِنَّهٗ يَقُوْلُ اِنَّهَا بَقَرَةٌ لَّا ذَلُوْلٌ تُثِيْرُ الْاَرْضَ وَلَا تَسْقِى الْحَرْثَۚ مُسَلَّمَةٌ لَّاشِيَةَ فِيْهَا ۗ قَالُوا الْـٰٔنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ فَذَبَحُوْهَا وَمَا كَادُوْا يَفْعَلُوْنَ ࣖ71

Nabi Musa menjawab, “Allah berfirman, Sebenarnya lembu yang dicari itu ialah seeker lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah, dan tidak pula digunakan untuk mengangkut air menyirami tanaman. la juga tidak cacat dan tidak ada sebarang tompok pada warnanya.” Mereka berkata, “Sekarang barulah engkau menerangkan sifatnya dengan jelas.” Maka mereka pun menyembelih lembu tersebut setelah menjumpainya, dan hampir-hampir sahaja mereka tidak menunaikan perintah Allah.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)