فَقُلْنَا اضْرِبُوْهُ بِبَعْضِهَاۗ كَذٰلِكَ يُحْيِ اللّٰهُ الْمَوْتٰى وَيُرِيْكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ73
Maka Kami berfirman, “Pukullah si mati itu dengan sebahagian anggota lembu yang telah disembelih.” Dengan pukulan itu, si mati kembali hidup lalu memberitahu siapa pembunuhnya. Demikianlah Allah memperlihatkan bagaimana Dia menghidupkan orang mati dan menunjukkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya supaya kamu berfikir.