ثُمَّ قَسَتْ قُلُوْبُكُمْ مِّنْۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ اَوْ اَشَدُّ قَسْوَةً ۗ وَاِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْاَنْهٰرُ ۗ وَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاۤءُ ۗوَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّٰهِ ۗوَمَا اللّٰهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُوْنَ74
Namun begitu, hati kamu tetap keras sekalipun setelah menyaksikan peristiwa tersebut. la keras seperti batu malah lebih keras lagi daripada itu. Walhal ada antara batu-batu itu yang mengalir daripadanya sungai-sungai, dan ada pula yang pecah lalu mengeluarkan mata air, dan ada juga batu yang jatuh dari gunung yang tinggi kerana takut kepada Allah. Dan ketahuilah Allah tidak pernah lalai daripada segala tindak-tanduk kamu.