۞ اَفَتَطْمَعُوْنَ اَنْ يُّؤْمِنُوْا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيْقٌ مِّنْهُمْ يَسْمَعُوْنَ كَلَامَ اللّٰهِ ثُمَّ يُحَرِّفُوْنَهٗ مِنْۢ بَعْدِ مَا عَقَلُوْهُ وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ 75
Apakah kamu masih terlalu optimis wahai orang beriman agar orang Yahudi beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan, sedangkan terdapat segolongan daripada mereka yang telah mendengar kalam Allah kemudian menyelewengkannya walaupun setelah memahaminya, sedangkan mereka mengetahui betapa besarnya jenayah yang mereka lakukan.